Imam Al-Syafie telah menghafal Al-Qur’an sejak usia 7 tahun. Guru mengaji Imam Al-Syafie pada ketika itu ialah Ismail bin Qisthantin. Dan gurunya ini adalah merupakan seorang Syeikh di kota Mekah pada zamannya.

Kata Imam Al-Syafie, “Aku mengaji Al-Qur’an dengan Ismail bin Qisthantin, sedang guruku mengaji dengan Syibl bin ‘Ibad dan Makruf bin Misykan, kedua mereka mengaji dengan Yahya bin Abdullah bin Katsir, ia pula mengaji dengan Mujahid, Mujahid mengaji dengan Ibnu ‘Abbas, Ibnu ‘Abbas mengaji dengan Ubay bin Kaab dan Ubay bin Kaab mengaji langsung dengan Rasulullah SAW.” Demikian salasilah pengajian Al-Qur’an Imam Al-Syafie yang mutawatir sehingga ke Rasulullah SAW.

Hubungan Imam Al-Syafie dengan Al-Qur’an memang sangat rapat. Hal ini berterusan sepanjang hidup beliau. Imam Al-Nawawi di dalam kitabnya Al-Tibyan fi Adaabi Hamalah Al-Qur’an, berkata, “Di antara mereka yang mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam sehari semalam ialah Usman bin Affan RA, Tamim Al-Daariy, Said bin Jubair, Mujahid, Al-Syafie dan lain-lain.”  
________________________________________
Bibliografi:
1. Al-Syafie karya Prof. Muhammad Abu Zahrah.
2. Al-Imam Al-Syafie fi Madzhabihil Qadim wal Jadid karya Dr. Ahmad Nahrawi Abdus Salam.
3. Al-Tibyan fi Adaabi Hamalatil Qur'an karya Imam Al-Nawawi.

Imam Al-Syafie Mendalami Bahasa Arab

 Imam Al-Syafie sadar bahawa mustahil seseorang itu dapat memahami makna-makna Al-Qur'an, hukum-hakam dan khazanah rahsianya tanpa menguasai bahasa Arab dengan baik. Ini kerana 

Al-Qur'an diturunkan dengan bahasa Arab yang fasih.

Kata Imam Al-Syafie, "Saya meninggalkan kota Mekah dan tinggal di pedalaman Arab Badwi (Badui) bersama suku Hudzail. Saya mempelajari adat istiadat mereka. Ini kerana Hudzail adalah suku yang paling fasih berbahasa Arab. Ketika kembali ke Mekah, saya sering membuat syair, menceritakan kisah-kisah sastera dan menghuraikan riwayat-riwayat yang saya perolehi". 

Imam Al-Syafie melanjutkan ceritanya tentang suku Hudzail, "Suku Hudzail itu seperti jin dari kalangan manusia. Mereka mampu melihat kesalahan bahasa Arab yang orang lain menganggapnya sudah benar."

Kemampuan Imam Al-Syafie dalam bidang bahasa dan kesusasteraan arab memang diakui oleh para ulama.   Al-Ashma'i, seorang yang terkenal dalam dunia kesusasteraan arab, berkata, "Saya telah mendapat pembetulan  tentang syair-syair Hudzail dari seorang pemuda Quraisy yang bernama Muhammad bin Idris (Al-Syafie)."

Prof. Abdul Halim Al-Jundi pernah mengkaji dan menjelaskan mengenai gaya bahasa yang sering digunakan oleh Imam Al-Syafie di dalam kitabnya, Al-Imam Al-Syafie, iaitu:
                (1) Kefasihan bahasanya.
                (2) Kata-kata yang ringkas.
                (3) Menyentuh perasaan pembaca.

 

Imam Al-Syafie Hafaz Hadist