![]() |
الدولة العباسية (Abbasid Caliphate History). |
Mungkin Banyak Diantara Kita Yang Belum Mengetahui Sejarah Khalifah Abbasiyyah,Dari Namanya Saja,Cukup Asing Ditelinga.
Berbeda Dengan khalifah Utsmani Yang Mengagumkan Sebagian Besar Para Pembaca.Para pecinta Sejarah Islam Pasti Sudah Pernah Baca Dong....Tapi Kali Ini Kita Akan Mengambil hikmah dan pelajaran Dari Sejarah Khalifah Abbasiyyah Yang Tidak Kalah Menarik, Menginspirasi Dan Banyak Hikmah Pelajaran Insya Allah...
Pengenalan Zaman Abbasiyyah.
![]() |
Zaman Abbasiyyah. |
Penentangan terhadap pemerintahan kerajaan Umaiyah pada mulanya dicetuskan oleh penyokong-penyokong Saidina Ali K.R.W iaitu golongan Syiah.Kemudian penentangan ini dibantu oleh keluarga Abbas. Menjelang kejatuhan kerajaan Umaiyah, gerakan ini diketuai oleh Ibrahim bin Mohamad dari keturunan Abbas. Tetapi apabila dia tertangkap dan dipenjarakan, gerakan ini dipimpin pula oleh Abdullah As Saffah. Setelah Kufah Berjaya ditawannya di Damsyik pula ditawan oleh panglimanya iaitu Abu Muslim Al-Khurrasani, lalu As Saffah dilantik menjadi Khalifah Abbasiyyah yang pertama. Nama penuhnya ialah Abdullah bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas. Khalifah Abbasiyah memerintah selama lima abad iaitu dari tahun 132H/750M sehingga 656H/1258M. Dalam lima tahun ini, zaman pemerintahan wilayah Abbasiyah boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Zaman Abbasiyah Pertama dan Zaman Abbasiyyah Kedua. Kemunculan pemerintahan Abbasiyah merupakan permulaan suatu order baru yang berasaskan ekonomi pertanian dan perdagangan serta kuasa pemerintah kosmopolitan yang terdiri daripada orang Arab Yaman yang menentang Umayyah dan kelas Mawali yang berasal daripada orang-orang Parsi, Mesir, Berber, dan lain lain. Mereka terlibat dalam revolusi Abbasiyah dan berjaya menggulingkan Umayyah pada tahun 750M. Ibu kota pemerintahan Islam di pindah ke Ambar dan kemudiannya ke Baghdad. Oleh itu, fokus politik Islam berpindah dari Syria dan Mediterranean ke Mesopotamia.Sistem politik dan pemerintahannya telah banyak dipengaruhi unsur-unsur kebudayaan Parsi.Baghdad menjadi pusat kegiatan ekonomi dan intelektual dan mencapai puncak kecemerlangannya pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Mamun.Selain itu juga, antara tokoh-tokoh khalifah terkenal zaman Abbasiyah selain daripada Khalifah Abu Abbas Al Saffah ialah Khalifah Harun Al Rashid dan lain-lain.
1. Nama Kerajaan Abbasiyyah diambil sempena nama bapa saudara Rasulullah S.A.W al-Abbas.
2. Mereka menubuhkan kerajaan ini adalah untuk melaksanakan impian keturunan mereka, iaitu Bani Hasyim yang menganggap bahawa tampuk pemerintahan hanya layak dipegang oleh mereka.
3. Kerajaan Abbasiyyah memegang tampuk pemerintahan selama lima kurun, iaitu dari tahun 132-650 Hijrah bersamaan 750-1258 Masihi.
Kerajaan Bani Abbasiyyah.
Kerajaan Bani Abbasiyyah (Arab: العبّاسدين al-Abbāsidīn) ialah nama yang diberi bagi Khalifah Baghdad iaitu empayar kedua Islam selepas penyingkiran pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun 750 selepas mereka berjaya mengalahkan tentera Ummaiyyah dalam medan peperangan. Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258 selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol menghancurkan Baghdad.
Revolusi Menentang Ummaiyyah.
Adalah dikatakan bahawa keturunan khalifah Abbasiyyah datang dari Abbas bin Abdul Muttalib (566-652) yang merupakan salah seorang daripada bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W, oleh itu mereka merasakan diri mereka layak untuk menjadi khalifah memandangkan salasilah keturunan mereka itu. Bani Ummaiyyah pula ialah salah sebuah daripada golongan dalam kaum Quraisy yang berlainan daripada keturunan nabi.
Muhammad ibni Ali, cicit kepada Saidina Abbas menjalankan kempen untuk mengembalikan kuasa pemerintahan kepada keluarga Bani Hashim di Parsi semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Semasa pemerintahan Khalifah Marwan II, penentangan ini semakin memuncak dan akhirnya pada tahun 750, Abu al-Abbas al-Saffah berjaya menewaskan tentera Ummaiyyah dan kemudiannya dilantik sebagai khalifah.
Masalah Dan Cambaran.
Kerajaan Abbasiyyah amat bergantung kepada sokongan orang Parsi dalam usaha mereka menjatuhkan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Pengganti Khalifah Abu al-Abbas, al-Mansur, memindahkan pusat pemerintahan mereka daripada Damsyik ke Baghdad di Iraq berhampiran ibu negara Parsi lama, malah menggunakan kembali batu-batu dari binaan Parsi bagi membina bangunan di pusat pentadbiran baru mereka. Bani Abbasiyyah membangunkan pemerintahan muslim mereka dan meniru pemerintahan mutlak Parsi. Mereka turut mengalu-alukan kedatangan orang bukan Arab Muslim ke sana. Hal ini membantu mengintegrasikan budaya Arab dan Parsi tetapi langkah ini mengasingkan banyak penyokong berbangsa Arab mereka.
Keadaan ini dengan cepat menimbulkan banyak masalah. Bani Ummaiyyah walaupun tewas tetapi mereka masih tidak dimusnahkan. Saki-baki golongan Bani Ummaiyyah selepas kekalahan mereka melarikan diri ke Sepanyol dan menubuhkan sebuah kerajaan di sana yang juga digelar Kerajaan Ummaiyyah.
Kerajaan Abbasiyyah juga menghadapi kesukaran dengan golongan Syiah (bukan Syiah yang difahami seperti sekarang). Golongan Syiah banyak membantu Abbasiyyah memandangkan mereka merupakan keturunan Nabi Muhammad s.a.w., tetapi Abbasiyyah ialah Ahli Sunah Waljamaah dan mereka menghalang kegiatan puak Syiah sebaik sahaja memegang kuasa. Hal ini mengakibatkan berlaku lebih banyak konflik.
Ancaman ini mendorong Khalifah Bani Abbasiyyah untuk memusnahkan musuh mereka dengan kejam, melaksanakan upacara istana yang mewah, dan membiayai penulisan moden. Keadaan inilah menjadi asas bagi penulisan kesah Seribu Satu Malam, kumpulan cerita yang menggambarkan kemewahan Timur yang ditulis di Baghdad semasa pemerintahan Khalifah Bani Abbasiyyah.
Dalam masa yang sama, kerajaan Abbasiyyah menghadapi cabaran yang lebih berbahaya. Empayar Byzantine sedang berperang dengan Kerajaan Abbasiyyah di wilayah pemerintahan Abbasiyyah di Anatolia dan Syria. Bagaimanapun dari sudut pandangan barat, kebangkitan Puak Bani Abbasiyyah adalah penting, bukan sahaja kerana kerana perkembangan dalam penulisan dan lagenda, tetapi juga kerana kecenderungan mereka kearah timur telah mengurangkan tekanan kepada kawasan Mediterranean, membenarkan negara Byzantian keupayaan untuk bangkit kembali, dan puak Frank jauh di barat untuk mulai membentuk kekuatan mereka. Pemerintah Frank, Charlemagne mengekalkan hubungan diplomatik dengan khalifah Harun al-Rashid yang telah menghantar hadiah seekor gajah kepada puak Frank.
Mamluk.
Apabila kuasa Bani Bani Abbasiyyah mulai merosot pada pertengahan abad ke sepuluh, terdapat tempoh perpecahan yang berlarutan. Punca utama kelemahan Bani Bani Abbasiyyah adalah kemerosotan asas ekonomi utama mereka, kekayaan dari perladangan di lembah Tigris-Euphrates. Selain itu kerajaan Abbasiyyah turut menghadapi cabaran di dalam dan luar negara. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan Abbasiyyah memutuskan untuk mencipta sebuah unit angkatan tentera yang setia kepadanya yang kebanyakan datang daripada hamba berbangsa Turki yang dikenali sebagai Mamluk. Pasukan ini yang dicipta sewaktu zaman Khalifah al-Mu'tasim (833-842) dan zaman pemerintahan khalifah berikutnya iaitu Khalifah al-Wathiq (842-847). Pasukan tentera ini berjaya menghalang empayar Islam ini daripada terus diancam.
Golongan Mamluk ini tidak lama kemudian mula mendapat pengaruh secara perlahan sehinggalah mereka merampas kuasa. Selepas itu, pemimpin Bani Abbasiyyah menjadi boneka sehingga khalifah mereka dimusnahkan sepenuhnya oleh puak Mongol pada 1258. Daripada 945 sehingga abad ke enam belas politik dunia Islam dikuasai oleh politik tempatan dengan beberapa pemerintah lemah berlainan, seringkali orang Turki yang memerintah kawasan berlainan. Bagaimanapun kebudayaan Islam terus berkembang semasa "tempoh pertengahan", terutamanya antara 900 sehingga 1250, pada masa yang sama apabila pemerntahan Islam berkembang ke Turki moden dan India. Kemudian empayar Islam moden muncul, yang menonjol di barat adalah Othman Turki yang mengawal sebahagian besar Eropah barat dan Timur Dekat dari abad ke lima belas sehingga 1918.
Kesarjanaan Semasa Khalifah Abbasiyyah.
Zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid (786 - 809) dan penggantinya menandakan bermulanya perkembangan ilmu pengetahuan.
Banyak golongan-golongan pemikir lahir semasa zaman ini, ramai diantara mereka ialah bukan Islam dan bukan Arab Muslim. Mereka ini memainkan peranan yang penting dalam menterjemahkan dan mengembangkan karya Greek dan Hindu, dan ilmu zaman pra-Islam kepada masyarakat Kristian Eropah. Sumbangan mereka ini menyebabkan seorang ahli falsafah Greek iaitu Aristotle terkenal di Eropah. Tambahan pula, pada zaman ini menyaksikan penemuan semula ilmu geografi, matematik, dan astronomi seperti Euclid dan Claudius Ptolemy. Ilmu-ilmu ini kemudiannya diperbaiki lagi oleh beberapa tokoh Islam seperti Al-Biruni dan sebagainya.
Zaman ini juga menyaksikan lahir sarjana-sarjana Islam terkenal seperti Ibnu Sina, Al-Khindi, al-Farabi dan sebagainya. Sarjana-sarjana Islam ini meningkatkan lagi pencapaian Islam dalam bidang perubatan melalui pengetahuan yang diwarisi daripada Zaman Yunani yang diserap dan digabung dengan kajian yang mereka lakukan. Avicenna telah mengenal pasti sifat berjangkit pada penyakit batuk kering, menggambarkan pleurisy, dan pelbagai jenis penyakit saraf yang lain. Beliau turut menjelaskan bahawa penyakit boleh tersebar dengan pencemaran air dan tanah. Kitab perubatannya yang paling utama 'Canon of medicine' telah diterima pakai di Europah sebagai buku teks rasmi sehingga abad ke tujuh belas. Rhazes (865-925) merupakan pakar perubatan klinikal pada zaman medieval. Pencapaiannya yang utama adalah jumpaan mengenai perbezaan antara measles dan smallpox. Pakar sains Islam yang lain telah mengetahui mengenai kebaikan penyucian (cauterization), dan agen jangkitan (styptic), mengenal pasti barah perut, memberikan penawar racun, dan mencapai kemajuan cemerlang dalam merawat penyakit mata. Selain itu mereka mengenal pasti ciri-ciri jangkitan wabak bubonic, dengan menyatakan bahawa ia boleh disebarkan melalui pakaian.
Selain itu hospital semasa pemerintahan Islam merupakan paling maju dalam pentakbiran hospital dan pengawalan perkhidmatan perubatan. Terdapat sekurang-kurangnya tiga puluh empat hospital di bandar utama Persia, Syria, dan Mesir, yang diatur sebagaimana hosital moden. Setiap hospital mempunyai wad menurut jenis penyakit, dispensari, dan perpustakaan. Ketua pakar perubatan dan pembedahan memberi syarahan kepada pelajar dan pelatih, menguji mereka, memberikan lesen untuk berkhidmat. Malah pemilik lintah, dalam kebanyakan kes juga juga merupakan tukang gunting rambut, terpaksa menyerahkannya bagi pemeriksaan menurut tempoh masa berkala.
Pencapaian bidang saintifik Islam yang lain adalah dalam bidang optik, kimia, dan methematik. Pakar sains Islam mengasaskan bidang optik dan menyatakan beberapa kesimpulan penting berkenaan teori kanta pembesar, kepantasan, pengaliran, dan biasan cahaya. Ahli kimia Islam turut mengatasi alkhemi, rekaan Yunani Hellenistik, sistem kepercayaan bahawa kesemua logam pada asasnya adalah sama, dengan itu logam asas boleh ditukarkan kepada emas sekiranya perkakasan yang betul (batu falsafah) dapat dijumpai. Hasil ujian pakar kimia Islam, sesetengahnya menolak teori penukaran logam sepenuhnya. Selain itu,mereka turut menjumpai pelbagai jenis unsur dan sebatian baru, antara lain soda karbonat, tawas, borax, silver nitrat (larutan ion perak), saltpeter, nitrik dan asid sulfrik. Selain itu,ahli sains Islam merupakan yang pertama menggambarkan proses kimia penyulingan, penapisan dan sublimation.
Dalam bidang methmetik, pencapaian teragung pakar sains Islam adalah menggabungkan geometri Yunani dengan sistem nombor hindu. Dengan pengenalan nombor sifar (0), pakar mathematik Islam telah berjaya mengembangkan pengiraan berasaskan sistem perpuluhan dan memajukan algebra. Dengan asas geometri Yunani kepada rujukan pergerakan bintang-bintang, pakar matematik Islam mencapai kemajuan pesat dalam trigometri sphere. Dengan itu mereka menyatukan dan memajukan kesemua bidang pengatahuan methematik.
Dalam bidang astrologi, kajian teliti dilakukan mengenai perubahan kedudukan bintang, malah terdapat dari mereka yang menimbangkan kemungkinan bumi berputar dan beredar mengelilingi matahari. Tetapi teori ini ditinggalkan kerana ia tidak selaras dengan pemikiran silam masa itu seperti orbit planet yang berbentuk bulat.
Dalam bidang perdagangan, perkembangan perdagangan tidak mungkin wujud tanpa perkembang perindustrian. Hampir setiap negeri mempunyai pengilangan sesuatu yang khusus, Mosul di Syria merupakn pusat kapas, dan kain; Baghdad khusus dalam penghasilan barangan kaca, perhiasan, barangan tembikar, dan sutera; Morocco dalam penghasilan barangan kulit; Toledo di Sepanyol bagi penghasilan pedangnya yang terbaik.Selain itu terdapat pelbagai bandar lain yang turut menghasilkan dadah, minyak wangi, karpet, tapestries, brocades, satin, barangan logam, kertas dan lain-lain.
Dalam kesemua bidang, Islam mengatasi barat sehinggalah abad ke dua belas, apabila negara barat maju kehadapan dengan sebahagiannya dari apa yang dipelajari mereka daripada Islam. Dalam bidang ekonomi, barat menyerap pengetahuan dalam bidang pengaliran, penanaman tanaman baru, penghasilan kertas, penyulingan. Tahap pengaruh Islam kepada ekonomi barat dapat dilihat dalam sejumlah besar perkataan Inggeris yang berasal daripada Arab atau Persia. Antara lain adalah traffic, tariff, magazine, alcohol, muslin, orange, lemon, alfalfa, saffron, sugar, syrup, dan musk. Dalam bidang sains pula perkataan seperti algebra, cipher, zero, nadir, amalgam, alembic, alchemy, alkali, soda, dan almanac.
Kejatuhan Kerajaan Abbasiyyah.
Hulagu Khan menyerang dan memusnahkan Baghdad pada 10 Februari 1258, menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak. Al-Musta'sim, pemerintah terakhir Abbasiyyah kemudiannya dihukum bunuh pada 20 Februari 1258. Banyak buku-buku rujukan yang tidak ternilai musnah akibat serangan Mongol ini. Adalah dikatakan bahawa seramai 800,000 penduduk Baghdad mati dibunuh oleh tentera Mongol.
STRUKTUR KERAJAAN ABBASIYYAH
1. Sepanjang pemerintahan, Kerajaan Abbasiyyah diperintah oleh 37 orang pemimpin.
2. Sistem pemerintahannya banyak dipengaruhi oleh system [emerintahan kerajaan Farsi
3. Hal ini berlaku kerana banyak orang Farsi yang memeluk agama Islam menjawat jawatan penting dalam kerajaan.
4. Berikut adalah carta pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah:-
Khalifah Abbasiyyah Baghdad
Abu al-Abbas al-Saffah 750 - 754
Al-Mansur 754 - 775
Al-Mahdi 775 - 785
Al-Hadi 785 - 786
Harun al-Rashid 786 - 809
Al-Amin 809 - 813
Al-Ma'mun 813 - 833
Al-Mu'tasim 833 - 842
Al-Wathiq 842 - 847
Al-Mutawakkil 847 - 861
Al-Muntasir 861 - 862
Al-Musta'in 862 - 866
Al-Mu'tazz 866 - 869
Al-Muhtadi 869 - 870
Al-Mu'tamid 870 - 892
Al-Mu'tadid 892 - 902
Al-Muktafi 902 - 908
Al-Muqtadir 908 - 932
Al-Qahir 932 - 934
Ar-Radi 934 - 940
Al-Muttaqi 940 - 944
Al-Mustakfi 944 - 946
Al-Muti 946 - 974
At-Ta'i 974 - 991
Al-Qadir 991 - 1031
Al-Qa'im 1031 - 1075
Al-Muqtadi 1075 - 1094
Al-Mustazhir 1094 - 1118
Al-Mustarshid 1118 - 1135
Ar-Rashid 1135 - 1136
Al-Muqtafi 1136 - 1160
Al-Mustanjid 1160 - 1170
Al-Mustadi 1170 - 1180
An-Nasir 1180 - 1225
Az-Zahir 1225 - 1226
Al-Mustansir 1226 - 1242
Al-Musta'sim 1242 - 1258
Khalifah Abbasiyyah Kaherah
Al-Mustansir II 1261
Al-Hakim I 1262-1302
Al-Mustakfi I 1302-1340
Al-Wathiq I 1340-1341
Al-Hakim II 1341-1352
Al-Mu'tadid I 1352-1362
Al-Mutawakkil I 1362-1383
Al-Wathiq II 1383-1386
Al-Mu'tasim II 1386-1389
Al-Mutawakkil I (menaiki takhta semula) 1389-1406
Al-Musta'in 1406-1414
Al-Mu'tadid II 1414-1441
Al-Mustakfi II 1441-1451
Al-Qa'im 1451-1455
Al-Mustanjid 1455-1479
Al-Mutawakkil II 1479-1497
Al-Mustamsik 1497-1508
Al-Mutawakkil III 1508-1517
FAKTOR PENYEBARAN ISLAM PADA ZAMAN ABBASIYYAH
1. Faktor dalaman
- Keinginan masyarakat tempatan yang tertarik dengan islam dan budi pekerti umatnya.
- Galakan khalifah kepada para ulama dan pendakwah melalui peruntukan khas daripada Baitumal
- Dasar Kerajaan Abbasiyyah yang menyamatarafkan kedudukan orang Arab dengan bukan Arab.
- Kota Baghdad yang dijadikan pusat tumpuan dalam bidang keilmuan dan perdagangan antarabangsa.
2. Faktor luaran
- Wilayah-wilayah baru diterokai.
- Bahasa Arab dijadikan bahasa perantaraan dengan meluas untuk memahami al-Quran dan Hadis.
- Hubungan diplomasi antara kerajaan dengan Negara-negara luar.
- Usaha-usaha para pedagang Islam yang melaksanakan dakwah menerusi aktiviti-aktiviti perdagangan.
KESAN POSITIF PENYEBARAN ISLAM
1. Akidah
- Penyebaran Islam menjadikan kebanyakan masyarakat dunia pada masa itu berubah kepercayaan daripada menyembah berhala kepada mengesakan Allah s.w.t.
- Mereka tertarik kepada ajaran Islam kerana Islam menghapuskan sistem perhambaan sesame manusia.
- Pembinaan Masjid di seluruh pelusuk Negara menjadi pusat dakwah terbuka untuk semua rakyat.
- Usaha-usaha para sarjana berjuang menyucikan ideologi-ideologi yang menyeleweng seperti falsafah Yunani Kuno.
2. Ilmu pengetahuan
- Penyebaran Islam telah menyebabkan pembukaan pintu Negara kepada aliran pemikiran manusia.
- Islam mewajibkan umatnya mempelajari ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.
- Kerajaan Abbasiyyah telh menyediakan insfratruktur seperti masjid dan sekolah untuk mempelajari ilmu-ilmu falak, matematik, nahu, perubatan, fizik, dan geografi.
- Ilmu-ilmu ini telah menyebabkan umat Islam pada masa itu menjadi pakar dalam bidang yang terkenal dan disegani.
3. Kebudayaan
- Umat Islam terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan budaya hidup./
- Sehubungan itu, apabila mereka telah memahami Islam dan mengamalkan budaya dan nilai-nilai Islam yang bersifat sejagat. Sebahagian budaya yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam, mereka kekalkan.
- Budaya ini banyak mempengaruhi umat Islam seperti seni bina masjid dan bangunan.
4. Sistem kemasyarakatan
- Melaui penyebaran Islam, scenario dunia ketika itu mula berubah daripada mengamalkan system perhambaan kepada system keadilan, yang melayani setiap orang dengan adil tanpa memilih bangsa dan warna kulit.
- Kerajaan pemerintahan al-Mahdi telah menubukan Mahkamah Tinggi Rayuan untuk mengadili kes-kes rayuan.
- Kerajaan Abbasiyyah member peluang kepada orang bukan Arab untuk memegang jawatan utama Negara.
- Orang bukan Islam mendapat layanan yang baik dan dapat mengamalkan kepercayaan masing-masing seperti al-Laith telah member fatwa supaya dibina semula gareja-gareja yang telah dirobohkan pada masa Gabenor Mesir.
SEMANGAT JIHAD UMAT ISLAM PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYYAH
1. Sesuatu yang menjadi kebanggan umat Islam dan para pengkaji tentang konsep jihad yang diamalkan oleh Kerajaan Abbasiyyah tidak hanya terhad kepada berperang tetapi usaha yang bersungguh-sungguh untuk memajukan diri dan Negara.
2. Mereka telah bersungguh-sungguh untuk meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan seperti ilmu syariat, bahasa, sains, kejuruteraan dan sebagainya.
3. Mereka telah Berjaya menguasai pelbagai ilmu sehingga menjadi pakar yang disegani dan terkenal.
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PADA ZAMAN KHALIFAH ABBASIYYAH.
1. Perterjemahan
- Khalifah Al-Makmun yang memerintah pada 813M telah mendirikan Baitul Hikmah untuk tujuan menjalankan kegiatan menterjemah buku-buku falsafah dan sains dari bahasa Yunani kepada Bahasa Arab.
2. Ilmu tentang mengguna dan membuat kertas
- Dari China, orang-orang Arab dapat ilmu tentang penggunaan dan pembuatan kertas. Kilang kertas pertama didirikan pada tahun 794M diatas inisiatif Al-Fadhil Bin Yahaya, wazir kepada Harun Ar Rasyid. Penemuan kertas mempergiatkan lagi usaha penulisan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana sebelum penemuan kertas, mereka terlebih dahulu menggunakan bahan-bahan seperti kulit binatang, pelepah tamar dan sebagainya.
3. Pengaruh budaya asing
- Pengaruh kebudayaan asing hasil dari penaklukan serta perluasan jajahan, orang-orang Arab telah berasimilasi dengan penduduk tempatan seperti bangsa Parsi yang lebih dahulu mencapai kemajuan. Mereka telah meniru kebudayaan Parsi, Yunani dan Rom. Di bandar-bandar besar seperti Iskandariah, Mesopotamia dan Damsyik, terdapat kesan-kesan kebudayaan yang ditinggalkan oleh bangsa-bangsa asing tersebut.
4. Lahirnya para intelek Islam
- Lahirnya para intelek islam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Sesetengah mempunyai kebolehan dalam lebih dari satu bidang. Misalnya Al-Khindi, beliau bukan sahaja terkenal sebagai filosof malah beliau merupakan ahli dalam bidang Kimia, Astrologi, kedoktoran dan muzik. Begitu juga dengan intelek-intelek lain seperti Al-Razi, Ibn Sina, Al-Khawarizmi, Al-Masudi. Al-Farabi, Umar Al-Khayyam dan Ibn Khaldun.
5. Khalifah-khalifah menceburkan diri dalam memajukan ilmu pengetahuan
- Khalifah-khalifah Abbasiyyah menceburkan diri mereka dalam memajukan ilmu pengetahuan. Diantara mereka yang berminat kepada ilmu pengetahuan ialah seperti Abu Jaafar Al Mansur, Harun Ar Rasyid dan Al Makmun adaah seorang intelek yang berminat kepada falsafah dan pada zaman beliaulah ilmu pengetahuan berada dipuncak iaitu pada abad ke 9M.
6. Hubungan luar
- Baghdad mempunyai hubungan dengan Negara-negara luar seperti China di sebelah Timur kepulauan British di Barat. Perhubungan yang luas ini mampu menimbulkan pertembungan budaya dari pelbagai bangsa dan keturunan yang telah menimbulkan banyak masalah. Masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh pemerintahan tetapi juga oleh cendiakawan Islam.
PEWUJUDAN INSTITUSI PENDIDIKAN.
1. Masjid
- Masjid memainkan peranan sebagai tempat ibadat dan pusat penyebaran ilmu pengetahuan. Selain itu, masjid turut dipenuhi dengan halqah ilmu pengetahuan.
2. Istana Khalifah
- Khalifah telah menjadikan istana sebagai tempat untuk para ulamak bermuzakarah dan menyampaikan ilmu pengetahuan.
3. Perpustakaan
- Perpustakaan yang terulung ketika itu ialah baitul hikmah di Baghdad yang dibina oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid. Terdapat pelbagai karya sarjana tempatan dan karya terjemahan daripada bahasa Parsi, Yunani, China dan India. Khalifah Al-Makmun mengambil inisiatif membawa masuk khazanah karya-karya Yunani yang diambil dari pulau Cyprus dan Istanbul.
- Peranan baitul hikmah ketika itu ialah sebagai:-
Pusat pertemuan para sarjana
Pusat penterjemahan
Pusat sumber
Pusat penyelidikan ilmiah
Pusat latihan para ilmuan
- Terdapat juga perpustakaan lain yang terkenal di kaherah iaitu darul hikmah
4. Pusat pengajian
- Banyak pusat pengajian dibina oleh khalifah, menteri dan orang kaya diatas tanah milik kerajaan, wakaf dan persendirian. Pusat pengajian yang terkenal ialah Al-Madrasah An-Nizamiyah. Sumber kewangan kebanyakan pusat pengajian ketika itu diambil daripada hasil tanah-tanah waqaf atau perbendaharaan Negara.
BIDANG-BIDANG ILMU YANG DITEROKAI
1. Ilmu berteraskan wahyu
- Ilmu Tafsir
Pada awalnya wujud dalam keadaan tidak tersusun. Mula disusun mengikut susunan surah oleh Yahya bin Ziyad Al-Farra' dan diperbaharui oleh At-Tabari.
- Ilmu Hadis
Zaman Abbasiyah adalah zaman kegemilangan pengumpulan dan penyusunan hadis. Muncul pakar-pakar hadis terkenal seperti Al-Bukhari Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai dan Ibnu Majah.
- Ilmu Fiqah
Di zaman ini muncul tokoh-tokoh ulamak muktabar yang mengasaskan mazhab-mazhab fiqah seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi'e dan Imam Ahmad bin Hanbal.
- Ilmu Tauhid
Perkembangan ilmu falsafah memberikan kesan sampingan buruk terhadap akidah umat islam. Terdapat umat islam pada masa itu menganggap falsafah yunani sebagai rujukan utama dalam menyelesaikan masalah akidah. Selain itu, muncul ulamak-ulamak terkenal seperti Abu Hasan Al-A'sya'ri yang berjuang memurnikan semula akidah umat islam daripada pengaruh falsafah yunani yang menyesatkan.
2. Ilmu berteraskan akal
- Ilmu matematik
Muncul beberapa formula baru matematik seperti trigonometry, algebra, geometry dan logarithm. Di zaman ini diperkenalkan sistem angka dalam abjad arab. Diperkenalkan juga bilangan kosong ( 0 ) dalam sistem angka. Tokoh terkenal ialah Al-Khawarizmi. Beliau merantau ke India untuk mempelajari ilmu matematik dan menghasilkan buku "integration and equations". Mahir juga dalam ilmu falak dan geografi.
- Ilmu falak
Tokoh terkenal adalah Al-Butani. Penemuan pada zaman ini adalah seperti mengukur jarak antara bumi dengan matahari, membuat jadual pergerekan bulan dan bintang, menjelaskan sistem geologi bumi serta pengaruh bulan dan matahari terhadap pertukaran musim serta mencipta alat pengukur sudut yang dikenali sebagai astrolabe.
- Ilmu kimia
Umat islam di zaman ini telah berjaya membetulkan beberapa teori kimia yang penting dan mengaskan fakta-fakta kimia berdasarkan uji kaji penemuan asid galian seperti asid nitrik, asid sulfurik, dan asid hidroklorik, teori penghasilan petroleum, teori penghasilan alkohol, dan teori membaiki proses pembuatan kaca.
- Ilmu fizik
Fizik merupakan salah satu cabang ilmu sains yang dikuasai oleh umat islam di zaman ini. Pencapaian ilmu fizik di zaman ini adalah seperti mencipta pergerakan jirim, daya graviti, dan pantulan cahaya, menjelaskan tentang lapisan mata serta proses penglihatan, menyukat kelajuan bunyi dan cahaya serta mencipta cermin mata.
- Geografi
Penemuan baru seperti memberi ukuran yang tepat tentang keluasan permukaan bumi serta menghasilkan peta dunia pertama dalam bentuk glob.
- Ilmu perubatan
Hubungan orang Arab dengan orang Rom dan Farsi telah memberi peluang kepada mereka untuk mendalami ilmu perubatan. Pencapaian ilmu perubatan di zaman ini adalah seperti menjelaskan kesan kuman dalam penyakit, menjelaskan teori jangkitan virus seperti TB, menemui pelbagai jenis penyakit seperti rubella, alahan, cacar dan penyakit jiwa, serta mencipta ubat untuk pelbagai penyakit kronik, mencipta picagari, ubat bius dan benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan.
KEPENTINGAN ILMU SERTA DALAM MEMBINA TAMADUN
1. Dasar kerajaan yang mengutamakan pendidikan dalam menyuburkan perkembangan ilmu pengetahuan.
2. Kombinasi antara ilmu fardhu ain dan kifayah telah melahirkan generasi yang gagah dari segi mental dan fizikal.
3. Perkembangan ilmu ketika itu telah memangkinkan kebangkitan orang Eropah kerana ilmu dan teknologi telah dipindahkan ke sana.
4. Karya-karya para ilmuan telah diterjemahkan sehingga munculnya satu pembaharuan atau Renaissance.
5. Oleh itu sebagai umat Islam kegemilangan umat terdahulu hendaklah dikembalikan dan dicontohi agar umat Islam kembali menjadi bertamadun dan disegani oleh masyarakat dunia.
Mentaddaburi Kemenangan SHALAHUDDIN Di Hittin
.
SUMBER Referensi:ABBASID Chaliphate History.Apk
Tidak ada komentar:
Posting Komentar